Sejarah berulang lagi
PAGOH - Parlimen Pagoh kini mencuri tumpuan ramai apabila menjadi antara kerusi panas berikutan pertembungan calon BN, Ismail Mohamed yang berdepan dengan bekas mentornya iaitu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Situasi politik di Parlimen itu, sekali gus mengimbas semula sejarah lama pada tahun 1990 apabila seorang bekas pemimpin Umno suatu ketika dahulu pernah menyertai pembangkang dan bertanding untuk cuba memecahkan genggaman kubu kuat Umno di sini.
Beliau adalah Tan Sri Othman Saat, individu kedua paling lama berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor yang mana kerjaya politiknya ditamatkan oleh Muhyiddin selepas tewas pada PRU tahun berkenaan.
Othman berkhidmat sebagai menteri besar sejak tahun 1967 hingga 1982 sebelum tewas kepada Muhyiddin dalam pertandingan merebut jawatan ketua Umno Pagoh pada tahun 1985 dan kemudiannya memilih untuk bersara.
Bagaimanapun, Othman muncul semula berikutan perpecahan Umno pada tahun 1988 dan beliau telah mengetuai parti serpihan Umno ketika itu iaitu Semangat 46 di Johor.
Othman bertanding dan memenangi kerusi Dun di Pagoh dan memutuskan untuk menentang Muhyiddin di kerusi Parlimen berkenaan parlimen semasa PRU 1990, namun beliau tidak menyerahkan borang pencalonan sebelum parti itu akhirnya telah dibubarkan pada tahun 1996.
Kini, hampir tiga dekad kemudian, cerita mbekas menteri besar Johor yang cuba menggulingkan Umno berulang lagi di mana memperlihatkan pertaruhan Muhyiddin sebagai calon pembangkang yang mahu menewaskan Umno di kubu kuat ini.
Pada proses penamaan calon semalam, kerusi P143 Parlimen Pagoh P143 sah menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Muhyiddin (PKR) dengan Ismail Mohamad (BN) dan seorang lagi calon Pas, Ahmad Nawfal Mahfodz.
Muhyiddin ketika ditemui berkata, tiada sedikit rasa janggal apabila bertanding atas tiket pembangkang selepas lebih 40 tahun dibayangi sebagai pemimpin Umno.
âPertemuan saya dengan ahli Umno di Pagoh saya rasakan perkara biasa. Saya mengenali mereka begitu juga Ismail kerana mereka anak didik saya dahulu. Tapi tak mengapa, ini soal politik. Kadang kala kawan, kadang kala lawan.
âKami mewakili parti dan begitu juga mereka tapi apa yang penting adalah perjuangan antara BN dengan PKR berbeza. Saya dah lebih 40 tahun di sini, sedikit sebanyak kawasan ni ada melibatkan sumbangan saya. Saya percaya Pagoh masih berpotensi untuk dimajukan,â katanya dalam sidang media selepas penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, semalam.
Sementara itu, Ismail turut menyatakan kesediaan BN di Pagoh untuk mengekalkan kekuatan kubu Umno dalam meraih kemenangan pada PRU kali ini.
âSelepas ini kami akan teruskan lagi gerak kerja untuk pastikan pengundi putih yang telah kami miliki ini untuk terus bersama hingga 9 Mei bagi berikan undi kepada BN.
âKita yakin dapat rampas semula kerusi Pagoh, termasuk N08 Dun Bukit Pasir dan N07 Dun Bukit Kepong,â katanya.
Terdahulu, Dun Bukit Kepong juga tidak terkecuali daripada saingan tiga penjuru babitkan calon BN, Mohamad Nor Taib, Muhammad Nur Iqbal Abd Razak (Pas) dan Dr Sahrudin Jamal (PKR).
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment