Rawatan kesihatan percuma untuk warga emas

Wednesday, April 18, 2018

Rawatan kesihatan percuma untuk warga emas

Rawatan kesihatan percuma untuk warga emas

KLUANG - DAP mengambil inisiatif menganjurkan rawatan kesihatan secara percuma kepada warga emas di kawasan Paloh.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, rawatan kesihatan itu dilaksanakan secara berkala khusus di kawasan luar bandar.

Menurutnya, seramai 130 warga emas dari kawasan Paloh hadir ke Kafe Harapan Paloh untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sempena Program Pemeriksaan Kesihatan Impian Malaysia.

“Program ini memberi peluang kepada warga Paloh untuk membuat pemeriksaan BMI, tekanan darah, tahap gula dalam badan dan pemeriksaan mata.

“Malah, program yang dijayakan doktor, ahli farmasi dan sukarelawan tersebut turut memberi khidmat nasihat kesihatan serta bekalan ubat kepada mereka.

”Antara doktor yang terlibat adalah dalam kalangan doktor perubatan sukarela dan menyifatkan program tersebut bukan sekadar memberikan perkhidmatan kesihatan secara percuma dan membentuk kesedaran umum tentang penjagaan kesihatan,” katanya selepas program berkenaan di Pekan Paloh, dekat sini, semalam.

Sheikh Omar yang juga merupakan calon DAP bagi kerusi Dun Paloh berkata, sambutan diterima amat menggalakkan dan penduduk menyambut baik program berkonsepkan kesihatan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment