Pengarah pilihan raya Amanah Selangor letak jawatan
SHAH ALAM - Pengarah biro pilihan raya Amanah Selangor, Jaafar Samsuddin meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.
Memetik laporan media tempatan memaklumkan bahawa peletakan jawatan Jaafar itu atas alasan beliau perlu menumpukan kepada hal keluarganya.
Beliau juga berkata bahawa beliau tidak rasa suaranya didengar dan usahanya tidak dihargai oleh pemimpin Amanah pusat dan negeri.
âSaya merasakan adanya saya dalam parti tidak lagi mendatangkan kebaikan untuk parti. Suara saya tidak lagi didengari pimpinan.
âSaya mendengar banyak perkara yang menceritakan keburukan saya, seolah-olah apa yang saya lakukan tidak bagus.
âSaya berasa malu sebagai seorang yang memegang jawatan di negeri diperlakukan sedemikian,â katanya.
Jaafar menyertai Pas pada 1998 dan memegang jawatan pengarah pilihan raya Pas Selangor dari 2002 hingga 2015. Beliau kemudian meninggalkan Pas pada 2016 untuk menyertai Amanah.
Sebelum itu, Jaafar pernah menjadi ahli Umno dan Semangat 46 serta pernah bekerja di bawah bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Harun Idris.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment