Pembangunan alam sekitar mapan di NS

Wednesday, April 25, 2018

Pembangunan alam sekitar mapan di NS

Pembangunan alam sekitar mapan di NS

SEREMBAN - Alam sekitar menjadi antara sektor yang ditumpukan atau agenda utama kerajaan negeri di bawah kepimpinan BN dalam usaha mewujudkan keseimbangan terhadap pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Negeri Sembilan.

Sepanjang tempoh empat tahun negeri ini dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, program Kualiti Alam Sekitar dimantapkan dengan peningkatan sebanyak 38 stesen pengawasan termasuk tiga stesen automatik membabitkan lima sungai.

Peningkatan kuantiti itu membantu memperkasakan pemantauan pengawasan marin yang bersih sekali gus menjadikan 10 lokasi di Negeri Sembilan tersenarai sebagai pantai terbaik antara 152 pantai di Malaysia.

Pantai berkenaan ialah Pantai Port Dickson Bandar (PD Bandar), Pantai Cahaya Negeri (Batu 5 dan Batu 6), Pantai Tanjung Biru (Batu 10), Pantai Cermin, Pantai Saujana (Batu 4), Pantai Cunningham (Batu 7), Pantai Port Dickson (Janakuasa TNB), Pantai Teluk Kemang dan Pantai Teluk Pelanduk.

Malah Kuala Sungai Linggi dan Kuala Sungai Lukut  turut tersenarai sebagai antara 76 kuala terbaik di Malaysia apabila indeks kualiti air marin  merekodkan peningkatan baik tahun demi tahun sejak 2014.

Program pemulihan sungai dalam bandar seperti Sungai Temiang pula membuktikan kerajaan negeri tidak mengabaikan laluan air yang pada awalnya yang tidak dapat dimanfaatkan malah berusaha merubah kelas kualiti air di sungai itu.

Indeks kualiti air Sungai Temiang berada dalam Kelas V pada 2009 namun berjaya menjejak Kelas II empat tahun kemudian iaitu selepas rawatan air konvensional dilakukan hingga mampu merubah status sungai itu kepada sesuai untuk aktiviti rekreasi.

Selain itu, negeri ini memperoleh pencapaian terulung membabitkan perhutanan hingga mencapai pengekalan 24 peratus keluasan tanah sebagai kawasan berhutan dari tahun 2008 hingga 2017 hasil beberapa strategi antaranya merakyatkan sektor perhutanan.

Kesemua usaha yang dilakukan kerajaan Negeri Sembilan itu bertujuan memastikan kerosakan yang berlaku adalah minimum meskipun hakikat perubahan kepada alam sekitar sememangnya sukar untuk dielakkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai 12 sektor kejayaan dikecapi Negeri Sembilan, sila layari http://bnns2rakyat.com



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment