Pemandu lori maut, rempuh belakang lori berhenti

Thursday, April 19, 2018

Pemandu lori maut, rempuh belakang lori berhenti

Pemandu lori maut, rempuh belakang lori berhenti

JOHOR BAHRU  â€" Seorang pemandu lori maut selepas lori jenis Hino yang dipandunya  melanggar bahagian belakang sebuah lori lain jenis Isuzu yang sedang berhenti di Kilometer 38.5, Jalan Kluang, dekat Batu Pahat, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian pada jam 12.30 tengah hari  itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Kamaludin Sharif, 43, sedang memandu dari arah Kluang menghala ke Ayer Hitam.

Ketika itu, Mohamad Misbah Sanusi, 57, pemandu lori jenis Isuzu, berada di hadapan lori berkenaan dan menghala ke arah yang sama, sedang berhenti untuk membelok ke kanan, sebelum mangsa melanggar bahagian belakang kenderaannya.

“Kamaludin  dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan yang dialaminya  manakala Mohamad Misbah hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasil siasatan polis di kawasan kejadian mendapati kemalangan berlaku di kawasan jalan lurus, mempunyai empat lorong dua hala, cuaca juga baik dan jalan kering.

Tambahnya, mayat mangsa  dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk dibedah  siasat. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment