Jangan pilih pasukan haru-biru

Thursday, April 19, 2018

Jangan pilih pasukan haru-biru

Jangan pilih pasukan haru-biru

PONTIAN: Rakyat perlu bijak membuat pilihan dengan memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, pemilihan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri daripada pasukan sama supaya akan membolehkan matlamat ditetapkan dicapai, sekali gus memenuhi kehendak rakyat.

Katanya, hubungan akrab antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat akan memberi manfaat kepada rakyat dan hubungan akrab perlu terus dikekalkan.

"Kerajaan akan memastikan tawaran besar yang dikemukakan kepada rakyat dapat dilaksanakan dan untuk menjayakannya, memerlukan satu pasukan yang sama dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

"Kalau kerajaan negeri lain, kerajaan Pusat lain, perancangan di peringkat negeri tidak dapat dicapai.

"Rakyat perlu bijak memilih kerajaan Pusat dan negeri dari pasukan yang sama iaitu pasukan biru bukan pasukan haru biru," katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Muafakat Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dataran Kukup, Tanjung Piai, di sini hari ini.

Mengenai manifesto, Mohamed Khaled berkata, BN di peringkat pusat menawarkan 300 tawaran dan di peringkat negeri sebanyak 230 tawaran, sekali gus menunjukkan kesungguhan kerajaan membangunkan negara.

"Sebanyak 300 tawaran manifesto Pusat dengan aku janji yang menyeluruh, seimbang, fokus dan bertanggungjawab diumumkan, berbanding pembangkang hanya kemukakan 60 tawaran.

"Di peringkat BN negeri, 230 tawaran dikemukakan untuk rakyat berbanding jumlah tawaran pembangkang hanya ada 20. Ini bermakna mereka buat empat perkara saja dalam tempoh setahun.

"Rakyat juga perlu mengkaji, menimbang dan membezakan manifesto kerajaan BN dan pembangkang," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment