'Jungle Jabbah' dipenjara 30 tahun

Thursday, April 19, 2018

'Jungle Jabbah' dipenjara 30 tahun

'Jungle Jabbah' dipenjara 30 tahun

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bekas pemimpin pemberontak bersenjata Liberia yang melakukan pembunuhan dan kanibalism dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun oleh mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam atas kesalahan penipuan imigresen serta bersumpah bohong.

'Jungle Jabbah' atau nama sebenarnya Mohammed Jabateh, bekas komander Gerakan Bersatu Liberia untuk Demokrasi (ULIMO) berusia 51 tahun itu aktif dalam siri pembunuhan, rogol serta kanibalism semasa perang sivil Liberia antara tahun 1989 hingga 2003, sebelum ditahan pada Mac 2016.

Jabateh dipenjara bukan atas kekejaman yang dilakukan tetapi kerana berbohong kepada pihak berkuasa AS ketika memohon perlindungan suaka pada 1998 dan ketika cuba mendapatkan status penduduk tetap.

Dia disabitkan dua kesalahan penipuan dokumen imigresen dan dua kesalahan bersumpah bohong pada Oktober lalu.

Pendakwa bagaimanapun memanggil 17 rakyat Liberia untuk memberikan keterangan mengenai kekejaman dilakukan Jabateh yang antara lain membunuh seorang ketua kampung sebelum mengambil hati mangsa dan memakannya beramai-ramai selepas diserahkan kepada isteri si mati untuk dimasak. - AFP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment