PEMBANGKANG didakwa menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai alat untuk menyempurnakan misi utama untuk memusnahkan UMNO sekali gus menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yakin pembangkang sudah merancang tidak meletakkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, jika berjaya menawan Putrajaya.
Beliau berkata, pembangkang sebenarnya semakin nampak ketidakupayaan Mahathir menjadi Perdana Menteri, kerana faktor mental dan fizikal yang dianggap sebagai liabiliti kepada pembangkang mutakhir ini.
âSememangnya pembangkang hanya menggunakan Dr Mahathir sebagai alat untuk menyempurnakan misi utama mereka iaitu memusnahkan UMNO dari dalam dan masa sama menumbangkan kerajaan BN
âJusteru, Dr Mahathir memang tidak mampu jadi Perdana Menteri kalau banyak masanya nanti dihabiskan keluar masuk hospital,â katanya kepada NSTP di Kuala Lumpur, hari ini.
Mengulas lanjut, Puad berkata, sebagai contoh dalam isu penutupan perniagaan The Loaf Enterprise yang diasaskan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, Dr Mahathir membuat kenyataan yang berubah-ubah dalam tempoh seminggu.
âPada awalnya, Dr Mahathir dakwa, dia sudah lama menjual saham miliknya, namun kemudian dakwa dia tiada saham dalam The Loaf sebelum mengaku kerajaan halang dia jual sahamnya.
âAkhir sekali dakwa dasar ekonomi Datuk Seri Najib Razak yang buruk memaksa dia jual saham dan tutup The Loaf,â katanya.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment