Beli tanah di Selangor pada RM10.24 juta
Beli tanah di Selangor pada RM10.24 juta
sumber: sinarharian
Beli tanah di Selangor pada RM10.24 juta
PEMBUAT perabot, SHH Resources Holdings Bhd, melalui Rampai Pesona Sdn Bhd (RPSB), bercadang membeli 2.02 hektar tanah di Kajang, Selangor daripada Rising Charm Sdn Bhd pada RM10.24 juta.
RPSB adalah anak syarikat 80 peratus milik SHH Furniture Industries Sdn Bhd.
SHH Furniture pula adalah unit milik penuh SHH Resources.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, SHH Resources berkata, tanah itu terletak kira-kira 25 kilometer dari sini dan 5.8 kilometer dari bandar Bangi.
âHartanah berkenaan berada berhampiran beberapa institusi pengajian, termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia dan German-Malaysia Institute.
"Ia dikelilingi beberapa projek pembangunan perumahan yang telah siap dan sedang dilaksanakan,â kata syarikat itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment