Anne Ngasri Pernah Buka Hijab Untuk Tawaran Tinggi
Mesti ramai yang masih ingat lagi dengan pelakon drama bersiri remaja ‘Cili Padi’ iaitu Datin Anne Ngasri. Wajahnya daripada dulu memang tak berubah, kekal awet muda walaupun dah berusia 34 tahun.
Boleh dikatakan Anne Ngasri antara selebriti terawal yang berhijab. Anne mula memakai tudung ketika berusia 22 tahun selepas mendirikan rumah tangga.
“Saya memang ada berniat, bila dah kahwin nanti dan ada anak nak berhijab. Saya tak nak anak rasa malu saya tak pakai tudung. Ketika itu penampilan saya biasa sahaja. Tidak terlalu sekdi jika menghadiri majlis atau ketika berlakon. Ini adalah kerana hasil didikan ibu bapa asya yang begitu memantau etika berpakaian.
Namun ramai tidak tahu kisah di awal penghijrahannya apabila beliau diduga sama seperti insan lain.
“Waktu itu keadaan ekonomi tak begitu bagus. Kebetulan saya dapat offer tinggi untuk melakukan watak yang memerlukan saya tidak bertudung. Saya terima tawaran itu dan hanya tidak bertudung dalam set pengambaran sahaja. Rupanya perbuatan itu mengundang komen negatif orang di luar,” ujarnya kepada Hijabista.
Tidak mahu mengingat kembali momen tersebut, Anne Ngasri mahu terus istiqamah untuk terus berhijab.
“Saya bersyukur dengan komen yang diberikan kerana ia buatkan saya kuat dan terus kekal berhijab. Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Dan sejak itu saya terus berhijab sampailah sekarang,” katanya.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment