Tiada masalah tanpa Diaz
KAPTEN Pasukan Johor Darul Taâzim (JDT) Safiq Rahim menegaskan tiada kesan yang ditanggung pasukan dalam dan luar padang setelah bekas pemain import mereka, Jorge Pareyra Diaz yang meninggalkan kelab secara kontroversi Februari lalu.
Katanya, pasukan juga tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu selain keharmonian antara pemain dalam pasukan selatan tanah air itu lansung tidak terjejas.
âDia hanya seorang sahaja pemain yang tinggalkan kelab, bukan 10 orang. Jadi tiada kesan kepada pasukan dan perlawanan sebelum ini pun bermula daripada Vietnam sampai lawan Terengganu dalam Liga Super, pasukan kami, harmoni kami bertambah baik, lagi baik.
âIni adalah impak positif untuk pasukan dan kita akan tempuhi dengan terbaik serta positif dalam setiap perlawanan seperti ini,â katanya.
Kenyataan itu diulas pemain kebangsaan berusia 30 tahun berkenaan ditanya berhubung persiapan Skuad Harimau Selatan yang akan melayani kunjungan pasukan dari Singapura, Tampines Rovers dalam aksi Peringkat Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, malam esok.
Safiq berkata, setiap pemain dalam JDT mempunyai kepercayaan sesama sendiri malah memberikan sepenuh keyakinan kepada siapa yang bakal diturunkan jurulatih dalam perlawanan berkenaan.
âKita mahukan kemenangan dalam perlawanan esok, main di tempat kita sendiri, kita pun dah lama sebab baki perlawanan sebelum ini kita main di luar, kita mahukan keputusan baik kali ini, jadi tidak kisah sesiapa pun yang diturunkan harus beri yang terbaik dalam ikut semua arahan jurulatih.
âUntuk aksi yang lepas, biarkan lepas, kita positif untuk perlawanan esok, kita akan datang dengan taktikal yang berbeza, kekutan berbeza ditambah mungkin motivasi pasukan lawan juga akan lebih tinggi sebab bukan main di tempat mereka,â katanya.
Jelasnya, JDT juga hanya fokus dengan apa kelemahan yang pasukan ada serta memperbaikinya selain memaklumkan bahagian serangan yang akan dipertingkatkan untuk memperoleh lebih gol.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment