Tentera kuasai 10 peratus di Ghouta Timur
DAMSYIK - SYRIA . Tentera rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad dilaporkan telah merampas semula kira-kira 10 peratus kawasan dikuasai pemberontak di Ghouta Timur.
Kelmarin, Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (SOHR) memaklumkan pertempuran sengit turut tercetus di kawasan berhampiran Damsyik itu walaupun gencatan senjata selama lima jam diumumkan Rusia pada minggu lalu.
Terdahulu, tentera menggugurkan risalah yang memberi panduan kepada orang awam tentang tempat selamat, koridor selamat, peta kawasan dan pusat rawatan.
Kira-kira 393,000 dilaporkan terperangkap di Ghouta Timur yang dikepung sejak 2013.
Sejak 18 Februari lalu, lebih 640 termasuk 150 kanak-kanak dilaporkan terbunuh.
Moscow telah menawarkan laluan selamat, namun tiada dipindahkan sejak Selasa lalu.
Tentera Rusia dalam satu kenyataan memberitahu tiada orang awam menggunakan laluan keluar yang disediakan. - Agensi
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment