Tak dan curi dah lari
IPOH - Keberanian seorang pengawal keselamatan mengacukan senapang berjaya menyelamatkan sebuah kedai emas daripada cubaan samun di Kampung Rapat, petang tadi.
Kejadian sekitar jam 4.50 petang itu berlaku ketika seorang lelaki bertopeng masuk ke premis terbabit dan bertindak memecahkan cermin almari pameran.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, menyedari keadaan itu, pengawal berkenaan segera mengacukan senapang hingga menyebabkan suspek lari ketakutan.
"Lelaki itu melarikan diri dengan sebuah kereta putih yang tidak mempunyai nombor pendaftaran hadapan dan belakang.
"Barangan kemas milik premis itu juga tidak sempat dilarikan," katanya.
Beliau berkata, identiti lanjut suspek belum dapat dikenalpasti, namun polis akan menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk siasatan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment