Bagi seorang yang berpoligami, Datuk Red tidak bersetuju dengan tindakan Ude Wahid yang menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana. Jelasnya, penceraian bukan sahaja sukar tapi membuatkan anak-anak menjadi mangsa keadaan.

BACA: Kontrak Produk Kecantikan Izreen Azminda Ditamatkan


“Nasihat saya sebelum buat keputusan fikir anak- anak. Anak-anak dalam keadaan ini mangsa sebab mereka tidak mungkin akan dapat sepenuh kasih sayang dari kedua ibu dan bapa. Berkahwin tidak ada masalah tetapi bercerai adalah sesuatu yang saya tidak setuju”

“Melalui penceraian yang pertama ini yang pernah saya lalui, terpaksa berpisah dengan anak-anak. Sebab itu mahkamah juga memberi tempoh sebelum kita buat keputusan. Saya tahu benda masih baru dan dia juga tidak mahu fikir”

Suami kepada penyanyi, Adira juga menasihati Ude bahawa hakikat mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti adalah sukar kerana segala cerita akan diambil tahu. Tapi Ude harus sedar hakikat tersebut dan menerima pendapat netizen dengan hati terbuka.



“Dalam hal ini Ude kena tahu tindakannya akan memberi kesan kepada Izreen sebab dia seorang artis dan dikenali ramai. Jadi bukan salah orang luar untuk terus berkongsi pendapat mengenai hal ini,” katanya kepada Utusan Online. (rtky/w)