Stesen LRT Kelana Jaya mula operasi esok
KUALA LUMPUR - Stesen LRT Kelana Jaya akan dibuka semula kepada pengguna bermula jam 6 pagi esok.
Sebahagian besar kerja-kerja membaik pulih bumbung di atas platform dilapor siap sekitar 6 petang tadi.
Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja dihentikan sementara waktu akibat hujan lebat di Kelana Jaya petang tadi.
Menurut kenyataan itu, baki kerja-kerja baik pulih bumbung stesen di bahagian atas landasan akan bersambung dalam beberapa hari lagi selepas waktu operasi, setelah bekalan elektrik di atas landasan ditutup sementara untuk kerja baik pulih bumbung.
[ARTIKEL BERKAITAN: Atap terbang, Stesen LRT Kelana Jaya ditutup sementara]
"Pengguna diminta mematuhi arahan dan notis yang ditampal di platform stesen dan menyemak status terkini perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya menerusi akaun media sosial Facebook.com/myrapid atau Twitter @MyRapidKL.
"Pihak pengurusan LRT Laluan Kelana Jaya merakamkan penghargaan kepada pelanggan dan pengguna perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya kerana kesabaran dan sokongan padu mereka selepas gangguan perkhidmatan berlaku semalam.
Dalam kejadian berlaku semalam, hujan lebat serta angin kencang menerbangkan sebahagian bumbung stesen berkenaan.
Bertindak atas faktor keselamatan, pihak pengurusan Laluan LRT Kelana Jaya menutup sementara stesen tersebut bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan baik pulih.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment