Sekolah Niaga: Buka syarikat baharu atau tak?
PERSOALAN:
Sebuah syarikat mendapat tender membekalkan makanan dan minuman daripada sebuah kilang untuk staf kilang berkenaan.
Masalah dihadapi syarikat berkenaan adalah tidak mampu membekalkan jumlah makanan dan minuman seperti yang ditetapkan pihak kilang.
Syarikat berkenaan kemudian memutuskan untuk mendapatkan usaha sama daripada sebuah lagi syarikat (Syarikat A) bagi menampung kekangan yang ada.
Persoalannya, adakah syarikat berkenaan perlu membuka sebuah lagi syarikat baharu yang didaftarkan secara usaha sama dengan syarikat A atau hanya menjalankan usaha sama menerusi perjanjian persefahaman (MoU).
JAWAPAN:
Persoalan ini seharusnya difikirkan sebelum memasuki tender. Adalah agak menarik bagaimana syarikat yang tidak mampu berjaya memenangi tender tersebut.
Bagaimanapun, oleh kerana sudah ada kontrak, perkara ini perlu dilaksanakan dengan baik.
Berusaha sama dengan syarikat lain bukanlah satu penyelesaian yang tidak baik, cuma jika faktor ini tidak diambil kira dari awal, kos untuk membekalkan makanan dan minuman mungkin menjadi lebih tinggi dari tahap yang dijangkakan.
Tidak perlu untuk adakan sebuah syarikat usaha sama baharu.
Syarikat A boleh dijadikan pembekal kepada syarikat asal.
Jika Syarikat A mahu jaminan bahawa ia akan menerima pembayaran, bolehlah diadakan persetujuan dengan pihak kilang supaya kesemua pembayaran yang berkaitan dengan tender ini dibayar terus kepada Syarikat A atau ke akaun syarikat asal, yang mana salah seorang pengarah atau pengurus Syarikat A perlu meluluskan kesemua pembayaran.
*** Penulis: Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, pengasas Inovastra Capital Sdn Bhd
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment