Turut sama terkena tempias sejak berita rakan baiknya, bernikah dengan suami orang, Rita Rudaini mengakui berkecil hati dengan sikap Izreen Azminda yang ‘hilang’ dari radar media sosial sehingga menyebabkan dirinya pula menjadi mangsa netizen meluahkan kemarahan.

BACA: Isu Izreen Azminda, Rita Rudaini Yang Kena


Perkara itu dikongsi Rita melalui program Melodi Ahad lalu, dan tambahnya lagi sejak bernikah, Izreen sudah tidak menghubunginya lagi. Pun begitu, Rita bersedia untuk bersemuka dengannya, tapi malangnya Izreen masih menghilang.


“Sebelum ini kalau saya kena kecam saya tak pernah tutup komen, biarlah. Saya tak pernah libatkan rakan-rakan keliling. Saya bukannya mahu hentam Izreen tetapi nak beritahu tentang diri saya”

“Izreen pun kenapa buat macam ni. Kenapa lari? Kenapa tutup Instagram? Jujurnya saya berkecil hati dan terasa hati dengannya dan sebagai kawan dia tidak sepatutnya buat macam ni”



Luah Rita lagi, beliau sudah tidak tahan menerima kecaman orang apabila dirinya tiada kena mengena dengan tindakan Izreen. Selain itu, Rita juga terkilan dengan sikap netizen yang mengaitkannya dengan masalah peribadi rakannya itu.

“Memang geram! Lainlah saya yang kahwin dengan suami orang. Masa benda tu pecah saya kena kecam dan bila saya menelefonnya dia kata biarlah. Dia yang tutup komen tetap saya yang kena,” katanya. (rtky/w)