Peniaga tidur dalam pasar
PASIR PUTEH - Seramai 375 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh bersepakat untuk mempertahankan pasar itu dari dirobohkan pihak berkuasa walaupun menerima notis mengosongkannya 15 Februari lalu.
Wakil peniaga, Dusuki Daud, 53, berkata, pihaknya menerima arahan mengosongkan pasar dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan, namun meminta pihak berkuasa menangguhkannya kerana pihak peniaga masih menunggu keputusan rayuan Mahkamah Rayuan Malaysia.
Katanya, peniaga berharap pihak berkuasa tidak merobohkan pasar berkenaan sehingga keputusan rayuan diterima pada 22 Mac nanti.
"Kami peniaga bersepakat untuk tidak berganjak dari pasar ini walau apa pun yang akan berlaku kerana kami semua masih menunggu keputusan rayuan dari mahkamah," katanya.
Malam tadi, seramai 100 peniaga bermalam di pasar berkenaan selepas desas desus mengatakan pasar itu akan dirobohkan jam 3 pagi tadi.
Dusuki berkata, hari ini, peniaga meneruskan aktiviti perniagaan seperti biasa keraa hanya itu sahaja sumber pendapatan mereka untuk menyara keluarga masing-masing.
"Kami pertahankan pasar ini kerana tidak ada penempatan semula yang sesuai untuk peniaga selepas ia dirobohkan dan peniaga akan kehilangan sumber pendapatan mereka," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment