Pemuda lemas ditemui rakan

Sunday, March 4, 2018

Pemuda lemas ditemui rakan

Pemuda lemas ditemui rakan

KAMPAR â€" Seorang pemuda yang terjatuh ke dalam lombong berjaya ditemui semula oleh rakannya sebelum sempat pasukan bomba tiba di Kampung Tersusun Tronoh Mines, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, mangsa dikenali sebagai Daniel Pandak, 23, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian.

Difahamkan mangsa bersama beberapa rakan sekampung telah pergi ke lokasi kejadian untuk memancing ikan sebelum mangsa terjatuh dari tebing lombong terbabit.

Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd Shariman Yusoff berkata, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.43 petang.

“Perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa berikutan keadaan jalan yang berpasir hingga menyukarkan pergerakan jentera berat tiba di lokasi itu.

“Mayat mangsa telah dibawa ke tebing sebelum pasukan kami memulakan operasi. Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment