Pembahagian kerusi di Pulau Pinang minggu depan: Wan Azizah

Friday, March 2, 2018

Pembahagian kerusi di Pulau Pinang minggu depan: Wan Azizah

Pembahagian kerusi di Pulau Pinang minggu depan: Wan Azizah

BAYAN BARU - Persoalan berhubung pembahagian kerusi Pakatan Harapan bagi parlimen dan Dun di Pulau Pinang berkemungkinan akan terjawab minggu hadapan berikutan keputusan akhir telah diperoleh.

Menurut sumber, pengumuman itu berkemungkinan akan dibuat pada 8 atau 11 Mac ini.

Sumber berkata, selain Pulau Pinang, kesemua negeri telah memperoleh keputusan muktamad kecuali Sabah, yang memerlukan perbincangan lanjut dengan parti Warisan Sabah.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengumuman pembahagian kerusi untuk semua negeri akan diumumkan pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan datang.

Menurutnya, proses itu telah selesai secara dasarnya namun masih ada beberapa perubahan minit terakhir yang akan dibuat sebelum pengumuman dibuat.

“Pembahagian kerusi, kita akan umumkan dalam masa terdekat. Untuk Pulau Pinang, ok alhamdulillah. Manakala dari segi calon pula, terdiri daripada muka lama dan baru. Muka baru, sudah tentu benchmarknya Tun Mahathir.

“Tapi yang penting, senarai calon terdiri daripada campuran (muka baru dan lama). Bila kita dah muktamadkan, kita akan umumkan,” katanya kepada media tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang peratusan muka baru dan lama dalam senarai calon tersebut.

Wan Azizah ditemui di Spice di sini ketika menghadiri Majlis Pengumpulan Dana PRU14 PKR Pulau Pinang tadi.

Turut hadir, Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment