Pejabat Renjer Hutan Rompin terbakar

Sunday, March 11, 2018

Pejabat Renjer Hutan Rompin terbakar

Pejabat Renjer Hutan Rompin terbakar

KUALA ROMPIN - Tingkat atas bangunan dua tingkat Pejabat Renjer Hutan Rompin, di sini musnah terbakar sekitar jam 3.05 petang, semalam.

Ketua Balai bomba dan penyelamat Kuala Rompin, Muhammad Aizudden Jusnaidi berkata, dua buah jentera membabitkan tujuh anggota ke tempat kejadian bagi kerja menyelamat.

"Ketika tiba di lokasi sekitar jam 3.08 petang, api di tingkat dua bangunan itu sedang marak. Kita dapati bangunan itu merupakan jenis separa kekal iaitu tingkat atas diperbuat daripada kayu manakala bahagian bawah daripada batu.

“Operasi memadam juga tertangguh seketika apabila ada letupan wayar elektrik, jadi kami terpaksa menanti pihak TNB memutuskan bekalan sebelum operasi memadam boleh dilakukan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian bersama pasukan forensik dari Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri, di sini, hari ini.

Muhammad Aizudden berkata, api berjaya dikawal daripada merebak ke bahagian bawah pada jam 3.44 petang.

Menurutnya, sebelum ditutup pada jam 5.06 petang, pihaknya terlebih dahulu memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran.

“Saya anggarkan 45 peratus daripada keseluruhan bangunan telah terjejas melibatkan tingkat atas manakala anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment