Parlimen China hapuskan had penggal presiden

Sunday, March 11, 2018

Parlimen China hapuskan had penggal presiden

Parlimen China hapuskan had penggal presiden

BEIJING - Parlimen China hari ini (Sabtu) meluluskan satu pindaan perlembagaan yang menghapuskan had penggal bagi presiden negara itu.

Dengan pindaan ini, ia membenarkan Presiden Xi Jinping untuk kekal sebagai presiden China tanpa sebarang had.

Pengumuman mengenai undian tersebut, yang disaksikan para wartawan di Dewan Rakyat Agung, diluluskan dengan hanya dua undian “tidak” dan tiga lagi berkecuali daripada mengundi dalam kalangan 3,000 delegasi.

Parti Komunis China mengusulkan pindaan tersebut bulan lalu dan tiada ragu-ragu bahawa pada akhirnya ia akan meluluskan pindaan tersebut, kerana para anggota parlimen tersebut terdiri daripada ramai anggota parti yang setia kepada kepimpinan. - Reuters

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment