Niena, suami impi tunai haji
Baru sahaja mendirikan rumah tangga, namun Niena Baharun mengakui tidak mempunyai perancangan untuk berbulan madu.
Ini kerana, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz ini berhajat menunaikan haji, tahun ini.
"Saya dan suami memang tak ada plan nak pergi honeymoon.
"Tapi, kami berniat nak buat haji. Insya-ALLAH, kalau ada rezeki, tahun ini.
"Lagipun, saya pun tak pernah lagi menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah," katanya pada Sinar Harian.
Niena berkahwin dengan ahli perniagaan, Aliff Firdaus Abdul Hadim di kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan pada 1 Februari lalu.
Pada masa sama, pelakon berusia 25 tahun ini mengakui sedang menyesuaikan diri dengan status baharunya itu.
"Buat masa ini, fokus utama saya adalah kepada rumah tangga yang baharu dibina.
"Saya ada terima beberapa tawaran lakonan, cuma buat masa ini saya belum bersedia untuk memenuhinya," katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai cahaya mata, Niena bagaimanapun hanya menyerahkan soal tersebut kepada takdir ALLAH SWT.
"Kalau boleh, kami memang mahu anak secepat mungkin. Lagipun, suami pun dah berusia 32 tahun.
"Tapi, kami serahkan soal itu kepada rezeki. Kalau dapat awal, kami tak menolak," katanya yang mengimpikan empat cahaya mata.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment