Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak lebih-lebih lagi penilai kesalahan yang anda pernah lakukan terlalu merasakan diri baik. Berikutan isu pelancaran tudung di kelab malam, masih ada segelintir pihak yang mempersoalkan keikhlasan Neelofa dalam meminta maaf.

BACA: Neelofa Boleh Didakwa Cemar Nama Islam


“Tidak adil bagi mana-mana pihak mempersoalkan keikhlasan saya membuat permohonan maaf. Pihak syarikat sudah membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya juga sudah memohon maaf kerana menimbulkan nilai-nilai sentimen berikutan majlis yang saya buat. Saya juga sudah menjelaskan satu-persatu di Instagram mengenai perkara itu”

รข€œSaya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya tahu dalam keadaan sekarang ramai yang mahu ambil kesempatan untuk menonjolkan diri,” katanya dalam temubual bersama rancangan Melodi baru-baru ini.

Selain itu, Neelofa juga menjelaskan bahawa dia mengambil setiap komen yang dilemparkan kepadanya dari sudut positif. Malah dia turut mengucapkan terima kasih di atas teguran Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai perkara itu.



Nampaknya Neelofa perlu menunggu sedikit masa agar isu ini kembalii reda. Lama-lama nanti pasti orang akan penat berbicara selain ditenggelamkan isu hangat lain di dalam industri hiburan tanah air. (rtky/s)