Mourinho tak senang duduk
JOSE Mourinho mengakui tidak senang duduk melihat aksi anak buahnya ketika bertemu Crystal Palace awal pagi tadi.
Ia berikutan skuad kendaliannya terlebih dahulu ketinggalan 0-2 sebelum bangkit mengejar dengan tiga gol menerusi jaringan Chris Smalling, Romelu Lukaku dan Nemanja Matic yang menjaringkan gol kemenangan di masa kecederaan.
Menurut Mourinho persembahan cemerlang Palace wajar menerima pujian kerana berjaya memberikan satu perlawanan yang sengit kepada pemain-pemainnya.
Tetapi pada masa sama, beliau gembira berjaya mengutip tiga mata penting untuk menjamin kedudukan di tangga kedua liga.
"Tahniah untuk Palace. Ini adalah perlawanan yang menakjubkan tetapi sangat sukar untuk anak buah saya kerana mereka banyak melakukan kesilapan.
"Mujur separuh masa kedua pemain saya berjaya bangkit untuk mencipta asakan, tapi masih ada kesalahan ketika bertahan.
"Sejujurnya saya tidak gemar bila pemain membuat kesilapan mudah seperti dalam perlawanan ini, tetapi pada masa sama saya gembira kerana berjaya mencatat kemenangan yang sangat penting untuk kami," katanya.
Kemenangan ini membuatkan United berjaya merampas kembali kedudukan kedua liga dari tangan Liverpool dengan dibezakan dua mata dan ditinggalkan 16 mata daripada pendahulu liga, Manchester City.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment