Lelaki ditemui tergantung dalam bilik hotel

Sunday, March 4, 2018

Lelaki ditemui tergantung dalam bilik hotel

Lelaki ditemui tergantung dalam bilik hotel

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki ditemui tergantung di sebuah bilik hotel dalam kejadian 9.30 malam tadi dekat Taman Bandar Baru, Sungai Petani.

Mangsa berusia 53 tahun beralamat di Kajang, Selangor tergantung dengan wayar elektrik dalam bilik air di tingkat dua hotel berkenaan.

Mangsa menyewa bilik hotel itu bersama dua rakan.

Kejadian disedari pekerja hotel terbabit sebaik sahaja dua rakannya itu keluar meninggalkan bilik hotel dengan keadaan pintu terbuka.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 9.40 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Pada jam 9.40 malam tadi anggota Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda terima satu panggilan orang awam, maklum ada pergaduhan.

"Kita arahkan MPV datang, apabila sampai kita dapati satu lelaki terbaring di bilik hotel dan pihak hospital datang sahkan dia meninggal dunia," katanya.

Pemeriksaan forensik mendapati terdapat kesan kecederaan luka di dahi kiri, di rusuk kanan, bahagian belakang badan calar dan lebam di leher.

"Siasatan masih dijalankan forensik dan kini kita sedang mengenal pasti dua orang terlibat, menerusi rakaman kamera litar tertutup," katanya.

Menurutnya, setakat ini tiada penemuan senjata di lokasi kejadian dan motif masih disiasat.

"Kita percaya dia digantung di bilik mandi.

"Masa dua suspek turun, pintu bilik terbuka, pekerja nampak dan bantu, masa tu masih bernyawa, depa bagi air, tali dah putus sebab depa guna tali wayar elektrik.

"Lepas pihak hospital datang, mereka sahkan dia dah meninggal dunia," katanya.

Difahamkan, kesemua mereka mula daftar masuk ke bilik hotel kira-kira jam 6 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment