Kaki jadi bantal
NEW DELHI - INDIA. Kakitangan sebuah hospital di Uttar Pradesh mendapat kecaman orang ramai selepas sebuah video menunjukkan seorang pesakit terpaksa menjadikan kaki kirinya yang dipotong akibat kemalangan sebagai bantal.
Insiden memalukan itu berlaku di Kolej Perubatan Maharani Laxmibai di daerah Jhansi, baru-baru ini.
Difahamkan, doktor terpaksa memotong kaki kiri pemuda berkenaan bagi mengelak jangkitan kuman.
Sementara itu, Pengarah Hospital Sadhna Kaushik menafikan kakitangannya melakukan kerja 'semborono' sebaliknya menuduh salah seorang waris pesakit bertindak menjadikan anggota badan yang dipotong itu sebagai bantal.
Bagaimanapun dakwaan beliau dinafikan keluarga lelaki terbabit.
"Ketika kami sampai, kaki itu sudah berada di kepalanya. Bila kami bertanyakan hal ini kepada kakitangan hospital, mereka tidak memberi sebarang respons.
"Kami terus bertanya mengapa dia tidak diberikan bantal dan sekali lagi pertanyaan kami tidak dilayan," kata Janaki Prasad.
Dalam pada itu, Kaushik memberitahu pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat insiden berkenaan dan berjanji akan mengambil tindakan keras ke atas kakitangan yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.
Serentak dengan itu, dua doktor dan dua jururawat telah digantung kerja sementara siasatan dijalankan. - India Today
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment