Jangan merempit di laut: JTLM
MERSING - Pemandu bot diingatkan agar tidak menyalahgunakan lesen dimiliki untuk kegiatan yang dilarang termasuk merempit.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM), Abd Muntalib Juli berkata, aktiviti merempit di laut merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.
âSaya berharap kepada semua peserta yang akan mendapat lesen kelak janganlah gunakan lesen ini sebagai platform untuk merempit.
âMerempit di laut ini satu kesalahan malah dilarang bukan sahaja oleh Jabatan Taman Laut tapi juga oleh Jabatan Laut Malaysia," katanya selepas majlis perasmian Kursus Persediaan Mualim<500GT Domestik (Terhad) Penduduk Tempatan Taman Laut Pulau Tioman, di Hotel Sri Malaysia Mersing, semalam.
Majlis dirasmikan Exco Belia dan Sukan Negeri Pahang, Datuk Sri Mohamad Johari Hussin yang juga Adun Tioman.
Kursus yang diadakan selama tiga hari melibatkan 35 peserta itu merupakan salah satu program JTLM untuk memberi pentauliahan dan kemahiran kepada penduduk setempat dalam sektor pelancongan.
Muntalib berkata, pihaknya menyasarkan semua bot yang beroperasi memiliki lesen sah bagi menjamin keselamatan pelancong yang berkunjung ke taman laut.
Dalam pada itu, beliau berharap peserta menggunakan kursus itu sepenuhnya bagi meningkatkan keupayaan, pengalaman dan ekonomi.
âSaya percaya satu hari nanti ekopelancongan akan meningkat, maka Pulau Tioman sudah bersedia dengan bot-bot pelancong berlesen," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Pulau Tioman telah diiktiraf sebagai kawasan perlindungan marin Kategori Tahap 4: 'Flagship Regional Sites'.
Katanya, ia merupakankategori tertinggi dalam penilaian 'management effectiveness'.
âIni membuktikan Taman Laut Pulau Tioman setanding negara Asean lain.
âIa juga kejayaan pengurusan dan pemuliharaan Taman Laut Malaysia," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment