Guatemala pindah kedutaan ke Baitulmaqdis Mei ini
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Guatemala dijangka membuka kedutaannya di Baitulmaqdis Mei ini, dua hari selepas Amerika Syarikat (AS) berbuat demikian.
Perkara itu diumumkan Presiden Jimmy Morales semasa berucap pada persidangan tahunan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Amerika Israel atau AIPAC di Washington pada Ahad.
Pengumuman bekas pelawak itu disambut tepukan gemuruh para hadirin.
"Kami (Guatemala) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel," katanya.
Difahamkan, kedutaan AS dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada 14 Mei ini sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-70 rejim Israel.
Presiden AS, Donald Trump mengumumkan pada Disember tahun lalu bahawa AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sekali gus membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. รข" AFP
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment