FMLLP kaji kemungkinan ambil alih pengurusan stadium kecil

Thursday, March 1, 2018

FMLLP kaji kemungkinan ambil alih pengurusan stadium kecil

FMLLP kaji kemungkinan ambil alih pengurusan stadium kecil

FOOTBALL Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) melihat kemungkinan mengambil alih pengurusan beberapa stadium kecil  yang kurang diguna pakai di seluruh negara bagi mengatasi masalah perkongsian stadium oleh pasukan dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata pihaknya akan mengenal pasti stadium yang sesuai untuk dinaik taraf fasliliti di stadium untuk dijadikan gelanggang tuan rumah untuk pasukan tertentu.

Bagaimanapun, katanya, rancangan jangka panjang itu perlu mendapat persetujuan Lembaga Pengarah FMLLP sebelum membuat pelaburan dan mengambil alih pengurusan stadium.

รข€œJika kita biarkan beberapa pasukan berkongsi stadium seperti sekarang dan tidak  mengambil inisiatif seperti  ini, saya takut isu ini akan  berlarutan sehingga ke 10 atau 12 tahun akan datang dan tidak akan ada pasukan ingin melabur dalam fasiliti-fasiliti mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perjanjian kerjasama FMLLP dan Shoppe yang menaja saingan Piala FA musim ini, di sini hari ini.

Mengakui isu fasiliti  dalam kancah bola sepak Malaysia adalah satu masalah yang realistik, beliau berkata stadium-stadium kecil itu tidak dapat digunakan di pentas profesional kerana kekurangan kemudahan fasiliti dan isu keselamatan.

Kevin berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa stadium yang boleh dinaik taraf untuk digunakan oleh pasukan Liga-M di Lembah Klang, Selayang dan Shah Alam di Selangor.

Beliau percaya rancangan FMLLP  itu akan mendapat sokongan penaja susulan industri bola sepak sudah lama berada di era profesional.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata pihaknya komited dalam menyokong perkembangan bakat pemain  tempatan serta mahu dan mahu membantu pasukan menjana pendapatan mereka.

Kerjasama selama setahun itu menyaksikan FMLLP dan Shopee bakal menganjurkan beberapa siri  bengkel  bola sepak di Semenanjung Malaysia bagi mencungkil bakat baharu  dalam kalangan belia tempatan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment