Dua pelajar terbaik STPM negeri dari Besut

Tuesday, March 6, 2018

Dua pelajar terbaik STPM negeri dari Besut

Dua pelajar terbaik STPM negeri dari Besut

KAMPUNG RAJA - Dua pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Maarif,  muncul pelajar terbaik Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) peringkat negeri Terengganu yang diumumkan semalam.

Muhammad Zakiy Nadjee Shahirul, 20, tersenarai sebagai  pelajar terbaik diikuti oleh rakan sekelasnya, Nurul Atikah Ab Manaf  yang  berada ditempat kedua  daripada 23  pelajar terbaik negeri.

Kedua - dua mereka memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0  dengan keputusan semua A dalam empat  matapelajaran.

Muhammad  Zakiy Nadjee berkata, dia tidak menyangka sama sekali akan muncul sebagai pelajar terbaik negeri kerana apa yang dia lakukan selama ini adalah untuk memperolehi keputusan cemerlang.

Menurutnya, bagaimanapun dia agak terharu kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan dengan ibunya yang telah meninggal dunia akibat Leukimia ketika dia berusia 6 tahun.

"Saya tinggal bersama nenek, Aminah Mansor, 70, di Kampung Gong Maksom, Jertih sejak 2016 kerana tidak mahu mengikuti ayah yang bertugas sebagai guru di Labuan," katanya yang bercita-cita menjadi guru.

Menurutnya, dia tidak mempunyai kaedah belajar istimewa sebaliknya memastikan setiap matapelajaran yang tertinggal di ulangkaji secepat mungkin.

Sementara menurut Nurul Atikah, resipi kejayaannya adalah dengan memberi perhatian kepada pelajaran di dalam kelas ketika guru mengajar.

Anak kepada petani yang mengusahakan tanaman kelapa sawit ini berkata lagi, dia pastikan duduk di kerusi paling hadapan di dalam kelas untuk memastikan dapat mendengar dengan jelas apa yang diajar guru.

"Kalau boleh saya mahu memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam pengajian Al-Quran dan As-Sunnah dan bercita-cita menjadi penulis buku agama," anak yang tinggal di Kampung Tempinis dekat Jabi.

Manakala menurut Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Ab Halim Hassan berkata,  seramai lima orang memperolehi PNGk 4.0 di daerah ini termasuk dua pelajar SMA Maarif itu.

Katanya, dua pelajar lagi adalah calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah dan seorang dari SMK Renek.

"Manakala seramai 14 orang lagi dari Besut memperolehi semua A (straight A) dalam semua matapelajaran," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment