Che Wang satu dalam sejuta
SUNGAI PETANI - âDulu susah, bila bubuh nama Che Wang, mungkin ada duit."
Itu antara gurauan orang tua dahulu yang kemudiannya menjadi kenyataan apabila salah seorang daripada anak Allahyarham Ahmad Wahab dan Sofiah Lebai Osman dari Kampung Permatang Pasir di sini, didaftarkan dengan nama Che Wang.
Che Wang, 60, berkata, dia tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita yang disampaikan orang terdahulu kepadanya, malah langsung tidak pernah ambil pusing dengan sejarah berkenaan.
Menurutnya, dia tidak pernah berasa pelik dengan nama berkenaan, sebaliknya reda apabila kedua-dua ibu bapa memilih nama unik tersebut untuk dirinya.
âSaya rasa biasa saja, lagipun di rumah saya ada gelaran lain, semua adik-beradik panggil saya dengan nama âTehâ.
âTok, tok wan pula panggil saya dengan nama timbangan âAbd Halimâ sejak kecil.
âMasa sekolah pun sama sahaja, tak ada pula yang ejek-ejek cuma ada seorang budak perempuan tu nama dia Che Wan, jadi kawan-kawan selalu âkenakanâ saya dengan dia sebab nama kami dekat-dekat,â katanya.
Bekas guru yang lebih dikenali sebagai Cikgu Teh ini berkata, ada rakan guru di sekolah menyangka dia berbangsa Cina, tetapi selepas bersemuka, Cikgu Wang yang disebut-sebut rupa-rupanya orang Melayu.
Sepanjang pembabitan dalam dunia pendidikan, Che Wang telah berkhidmat di tiga sekolah, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Polo, Pulau Pinang, SMK Kampung Kastam Butterworth dan SMK Paya Keladi atau SMK Dato Kailan.
Kemudian, beliau dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang atas tawaran jawatan Pengelola Cemerlang.
âDulu saya sering dipanggil untuk jadi juruacara majlis termasuk apa-apa program di tempat kerja, apabila saya mempersilakan tuan pengarah saya menyampaikan ucapan, dia mesti memulakan ayat gurauan dengan berkata 'Thank you Mr Money'.
âDari aspek lain, saya rasa orang mudah nak kenal saya, senang ingat kalau pergi kursus atau sertai program tertentu sebab nama Che Wang tu rasanya satu dalam sejuta,â katanya.
Che Wang yang sudah pun bersara kini mengusahakan chalet dan dewan untuk disewa selain menggembala kambing sebagai punca pendapatan.
Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Ampangan (Kampung Jambatan Merdeka), Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Sungai Petani dan Ketua Cawangan Umno Kampung Jambatan Merdeka serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Bekas Guru Bahasa Melayu dan Geografi ini sebenarnya lebih meminati puisi dan kesusasteraan serta pernah menghasilkan lirik lagu beberapa sekolah dan lagu untuk Umno Bahagian Sungai Petani.
Menurut Che Wang, antara kelebihan namanya berbanding orang lain ialah mudah diingati termasuk orang yang baru dikenali.
Selain Che Wang, kakaknya, Che Sun, 70, dari Kota Kuala Muda juga mempunyai nama unik, berbeza dengan adik-beradik lain antaranya Md Desa, 64, Hashim.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment