Bimbang gaji suami dihentikan
PENDANG - Seorang suri rumah risau memikirkan perihal gaji suaminya yang mungkin akan dihentikan sekiranya berterusan tidak bekerja setelah terlibat kemalangan jalan raya Januari lalu.
Siti Khadijah Abd Zapar, 32, berkata, suaminya Amran Hamid, 47, hanya mampu terbaring dan tidak boleh bergerak aktif selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
âSaya memang tak kerja sebab anak bongsu kecil lagi, baru tujuh bulan jadi saya sangat risau takut majikan suami hentikan gaji suami.
âYela, siapa yang nak bagi gaji kalau tak kerja kan... sekarang ni gaji suami masih masuk dengan cukup sebab dalam tempoh cuti sakit,â katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bendang Bukit, semalam.
Menurutnya, dia mempunyai empat anak berumur 7 bulan hingga 16 tahun dan tiga daripadanya masih bersekolah.
âSekarang ni perbelanjaan anak dan suami masih lagi mencukupi, cuma sebagai isteri dan ibu saya risau memikirkan keadaan pada masa depan dan nasib anak-anak saya,â ujarnya.
Katanya, dia kini hanya menumpang di rumah adiknya kerana rumah milik dia dan suami terlalu sempit dan tidak sesuai dengan keadaan suaminya.
âAlhamdulillah adik saya bagi saya dan keluarga menumpang di rumah dia, bolehlah bagi suami rasa selesa sikit,â katanya.
Suami Siti Khadijah tidak boleh makan makanan keras dan hanya minum susu melalui saluran hidung.
Menurut Siti Khadijah, kepala suaminya juga sudah tidak normal disebabkan oleh hentakkan ketika kemalangan.
âKemalangan tersebut telah menyebabkan terdapat kesan lekuk pada bahagian kepala suami saya,â katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian ke akaun bank CIMB 7624215721 atas nama Siti Khadijah Abd Zapar.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment