Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarie WP ahli Pas

Monday, March 5, 2018

Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarie WP ahli Pas

Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarie WP ahli Pas

SELAYANG  - Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarie Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Ibrahim mengisi borang keahlian Pas, malam semalam.

Borang tersebut telah diserahkan sendiri oleh beliau kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Majlis Makan Malam Amal Pas di Bandar Baru Selayang anjuran Pas Selayang.

Dianggarkan 1,000 tetamu memeriahkan program tersebut termasuk kehadiran Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi dan Yang Dipertua (YDP) Pas Selayang, Zaidy Abdul Talib.

Zaidy yang juga Adun Taman Templer  berkata, siri penyerahan borang keahlian turut diterima daripada masyarakat India dari Kampung Cempedak, Kuang.

"Seramai 59 orang kaum India menyerahkan borang keahlian Dewan Himpunan Penyokong Pas.

"Disusuli borang keahlian bekas ahli Umno yang turut membuka cawangan Pas di Dahlia A," katanya.

Zaidy berkata, sebanyak dua cawangan baharu Pas berjaya ditubuhkan dan dilancarkan pada majlis tersebut iaitu Taman Selayang Mutiara 2 dan Dahlia A.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment