80 penagih dicekup
DUNGUN - Seramai 80 penagih ditahan dalam operasi bersepadu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang dijalankan serentak di Dungun dan Kemaman, hari ini.
Operasi yang dijalankan dengan kerjasama pasukan polis dari kedua-dua daerah itu berjaya menahan 83 suspek berusia 17 hingga 58 tahun dan hanya tiga daripadanya bebas dadah.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Negeri, Wan Jalani Wan Ismail berkata, ops berkenaan dilancar selama tiga hari bermula 5 Mac 2018.
Menurutnya, tumpuan menyeluruh termasuk "port panas" di luar bandar.
"Sehingga jam 3.00 petang ini (selasa) seramai 83 di tahan di kedua-dua daerah.
"12 daripada yang ditahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, 31 akan direman di pusat tahanan AADK di Gambang dan selebihnya dikenakan tindakan di bawah Akta Penagihan Dadah (rawatan dan pemulihan) 1983.
"Di Dungun selain Kuala Dungun, kita lakukan operasi di Paka dan Ketengah Jaya, manakala ei Kemaman meliputi Kuala Kemaman, Chukai dan Cheneh,"katanya.
Beliau berkata, operasi akan diteruskan sehingga esok dan pihaknya menyasarkan kejayaan tangkapan sekurang-kurangnya 100 suspek positif dadah.
"Kita yakin akan capai sasaran itu dan usaha ini adalah usaha berterusan AADK bersama PDRM dalam membasmi gejala penagihan dadah,"katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment