16 kawasan tanah dijual kepada pemaju swasta

Tuesday, March 13, 2018

16 kawasan tanah dijual kepada pemaju swasta

16 kawasan tanah dijual kepada pemaju swasta

GEORGETOWN - Gerakan Pulau Pinang menyenaraikan 16 kawasan tanah di beberapa kawasan di negeri ini yang dipercayai dijual kepada pihak swasta oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Pemangku Ketua Pemudanya, Jason Loo berkata, maklumat itu diperoleh dari beberapa laporan berita yang dilaporkan sebelum ini.

Menurutnya, antara tanah yang dipercayai dijual kepada pihak swasta adalah 0.44 hektar di Taman Manggis dijual kepada syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) dan 40.8 hektar di Bayan Mutiara dijual kepada Ivory Group.

“Sebagai anak Pulau Pinang, saya akan terus perjuangkan hak rakyat negeri ini. Saya akan terus mengutarakan soalan kepada kerajaan negeri tentang status tanah yang difahamkan dijual secara senyap kepada pihak swasta. Jika berterusan begini, apa yang akan tinggal untuk generasi akan datang?

“Dalam tempoh 10 tahun, kira-kira 16 kawasan tanah dipercayai telah dijual antaranya 44 hektar di Persiaran Gurney (Zenith); 16 hektar di Batu Kawan (PE Land); 98 hektar di Batu Kawan (Aspen), 80 hektar di Batu Kawan (Temasek) dan 32 hektar di Pulau Jerejak (Ideal),” katanya kepada media.

Jason berkata, pihaknya bimbang dengan nasib penduduk di negeri ini sekiranya semakin banyak tanah dijual kepada pihak swasta bagi membina pembangunan yang tidak mampu dibeli rakyat tempatan.

“Lebih membimbangkan apabila Kerajaan Pulau Pinang yang diketuai DAP menubuhkan Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) yang bertujuan untuk memudahkan urus niaga dan kontrak dengan pihak swasta.

“Mungkinkah dengan adanya CMI, akan lebih banyak transaksi jual tanah kepada pihak swasta akan dilaksanakan pada masa akan datang? Saya menyuarakan tentang CMI ini bermula Mei 2017 iaitu dengan penjualan tanah di Peel Avenue, tetapi sehingga kini, tiada jawapan daripada Ketua Menteri, Lim Guan Eng mahupun barisan Exco kerajaan negeri,” katanya.

Soalnya lagi, mengapa kerajaan negeri merasakan CMI perlu diwujudkan sedangkan ia tidak ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini.

“Adakah ia menunjukkan, pentadbiran kerajaan negeri diketuai DAP tidak cukup bagus dalam pentadbirannya sehingga perlu tubuhkan CMI? Lebih pelik, ia ditubuhkan dalam tempoh setahun selepas DAP mengambil alih pemerintahan, tanpa ada ahli lembaga jawatankuasa.

“Walaupun Guan Eng telah menyaman saya bagi menutup mulut, saya tidak akan berdiam diri dan takut dengan tindakannya itu. Saya akan terus berjuang kerana saya percaya, rakyat berhak tahu hak mereka. Malah saya juga mendapat sokongan daripada golongan muda agar terus memperjuangkan hak rakyat Pulau Pinang,” katanya.

Terdahulu, Jason hadir ke Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi menguruskan pengurusan kes saman ke atasnya dan sebuah akhbar berbahasa Cina oleh Guan Eng.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment