Anak jutawan terkenal, Chryseis Tan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square, bakal berkahwin dengan SM Faliq Nasimuddin, anak kepada Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, hari ini.

Berita itu diumumkan oleh majalah Prestige Malaysia di akaun Instagram mereka petang semalam.



Menerusi Instagram Chryseis juga, dia turut memuat naik foto pre wedding mereka beserta kepsyen, “Satu hari lagi #chrysfaliqeverafter.”

Beberapa hari lalu, foto ‘bridal shower’ turut dimuat naik sekaligus mengukuhkan dakwaan bahawa pasangan itu bakal berkahwin hari ini.



Tahun lalu, kisah pasangan ini menjadi bualan ramai apabila anak perempuan kepada billionaire Tan Sri Vincent Tan, Chryseis Tan kongsikan gambar manis apabila dia dilamar oleh kekasih hatinya, SM Faliq.

Chryseis, 30, dan SM Faliq SM Nasimuddin, 33, telah mengenali satu sama lain sejak di zaman persekolahan lagi.

Sumber: Prestige Malaysia