PKNS optimis mampu julang satu piala

Thursday, February 1, 2018

PKNS optimis mampu julang satu piala

PKNS optimis mampu julang satu piala

KEMASUKAN saat akhir Mahali Jasuli dan Rafael Ramazotti bersama PKNS FC memberi bayangan skuad kendalian Datuk K Rajagobal mampu merealisasikan sasaran menjulang satu piala musim ini.

Mahali, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipinjamkan ke PKNS dan Ramazotti bekas penjaring terbanyak Singapura telah melengkapkan perpindahan minit-minit akhir bersama skuad Semut Merah.

Presidennya, Siti Zubaidah Abd Jabar berkata, dengan kehadiran ramai pemain berkualiti yang dibimbing jurulatih berpengalaman, tidak mustahil untuk bekas naib juara Liga Perdana 2016 itu merealisasikan sasaran yang ditetapkan.

“Saya yakin dengan apa yang kita ada, PKNS FC mampu memenangi satu piala. Jika berjaya mendapat slot AFC itu satu bonus untuk pasukan.

“Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana telah memilih pasukan ini mewakili Selangor bagi saingan Piala Sultan Selangor tahun lalu dan kami berharap jika tahun ini masih diberikan peluang kami akan pastikan piala tersebut menjadi milik Selangor,” katanya ketika majlis pengenalan pemain dan pelancaran jersi baharu PKNS FC bagi musim 2018.

Musim ini PKNS masih mengekalkan Kappa sebagai penaja rasmi jersi pasukan dengan turut mengekalkan warna tradisi oren sebagai jersi pertama, biru sebagai jersi kedua dan merah kuning sebagai alternatif.

PKNS turut mengumumkan perubahan slogan baharu pasukan musim ini, iaitu fight all, fear none  bagi menggantikan slogan never give up, never surrender musim lalu.

Dalam pada itu, kapten  Semut Merah, Mohd Safee Sali juga turut melaungkan nada keyakinan bahawa rakan sepasukannya mampu mencipta sejarah musim ini.

“Kami akan cuba mencipta legasi dan sejarah baharu untuk menjadikan kelab ini lebih berdaya saing dan merealisasikan impian merangkul satu piala,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment