Kopi segera: Polis terima laporan pegawai perubatan HPP

Thursday, February 1, 2018

Kopi segera: Polis terima laporan pegawai perubatan HPP

Kopi segera: Polis terima laporan pegawai perubatan HPP

GEORGETOWN - Polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung kejadian dua pengawal keselamatan yang mengalami simptom letih dan tidak bermaya teruk selepas meminum sejenis kopi, 27 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima laporan dari pegawai wanita berusia 35 tahun itu pada 30 Januari lalu, kira-kira jam 11.11 malam.

Menurutnya, mengikut laporan tersebut, dua warga Nepal, Vishnu Shrestha dan Sapkotamangal Prasad yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri di Pulau Tikus menjadi tidak menentu selepas meminum Kopi Durian MyCafe.

"Mereka dipercayai meminum minuman itu di pos pengawal pangsapuri tersebut dan kemudiannya mengalami simptom sawan.

"Kedua-duanya kini stabil dan masih dirawat di Wad C6 HPP. Kita akan menyiasat lebih lanjut berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi tadi.

Terdahulu, video berdurasi 10 saat yang menunjukkan pegawai perubatan HPP sedang merawat dua pengawal keselamatan yang mengalami simptom letih teruk tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah mengesahkan, sehingga 30 Januari,  mangsa dilaporkan meningkat sehingga lima orang.

Menurutnya, kes pertama direkodkan pada 27 Januari lalu yang mana, kelima-lima mangsa itu menunjukkan gejala sama iaitu lemah dan letih teruk dipercayai berpunca dari kopi segera itu.

Beliau bagaimanapun menolak untuk membuat kesimpulan bahawa simptom yang dialami mangsa berpunca dari kopi segera terbabit.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment