Jentera BN Johor bersemangat hadapi PRU

Thursday, February 1, 2018

Jentera BN Johor bersemangat hadapi PRU

Jentera BN Johor bersemangat hadapi PRU

PASIR GUDANG - Semua jentera BN di setiap bahagian di Johor berada dalam keadaan bersemangat serta bersiap sedia untuk menghadapi PRU akan datang.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya juga optimis mengambil langkah bagi mengatasi setiap cabaran demi memastikan kemenangan terus berpihak kepada BN.

Beliau membuat kesimpulan itu selepas melawat lebih daripada 70 peratus bilik gerakan di setiap bahagian yang ada di Johor.

Mohamed Khaled (empat, kiri) ketika menyempurnakan gimik perasmian Karnival Jualan Mega Muafakat dan BBJ 2018.

“Kita juga turut memahami cabaran yang sedia ada. Oleh itu, kita mengambil langkah-langkah bagaimana hendak mengatasi cabaran untuk membawa kepada kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hasil lawatan kerja beliau ke Parlimen yang terdapat di negeri ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled hadir menyempurnakan Karnival Jualan Mega Muafakat dan Biorosot Biokompos Johor (BBJ) 2018 di pekarangan Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini, baru-baru ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment