Mangsa banjir di Kelantan semakin berkurangan

Monday, December 4, 2017

Mangsa banjir di Kelantan semakin berkurangan

Mangsa banjir di Kelantan semakin berkurangan

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 2,153 orang ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 10 pagi ini.

Daripada jumlah itu, 745 keluarga masih ditempatkan di PPS membabitkan tiga daerah iaitu Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, Pasir Mas yang mencatat mangsa banjir paling tinggi terus menunjukkan aliran menurun kepada 1,267 mangsa membabitkan 472 keluarga di lapan PPS, berbanding 1,417 orang malam tadi.

Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas, Bunut Susu menempatkan mangsa paling ramai iaitu 539 orang daripada 177 keluarga sejak dibuka Selasa minggu lalu.

Tumpat juga menunjukkan perubahan sama apabila mencatatkan 862 mangsa daripada 268 keluarga membabitkan lima PPS, berbanding 970 orang pada malam tadi.

Pasir Puteh masih kekal dengan bilangan mangsa 24 orang daripada lima keluarga di SK Wakaf Raja, Bukit Awang, sejak kelmarin.

Jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan dijangka terus berkurangan memandangkan cuaca makin baik.

Sementara itu, keadaan Sungai Golok di Rantau Panjang dilihat semakin surut namun masih di paras bahaya iaitu 9.28 milimeter (mm) berbanding 9.6 mm malam tadi.

Bagaimanapun, sukatan Sungai Galas di Dabong menunjukkan peningkatan ke paras berjaga-jaga dengan 33.61 mm sejak jam 9 malam tadi, berbanding sebelumnya iaitu 32 mm.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment