Kalau bukan Anwar siapa calon PM?
SHAH ALAM - Pakatan Harapan perlu menamakan calon perdana menteri secepat yang mungkin.
Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, calon tersebut adalah sebagai pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Siapakah calon pengganti Anwar? Seharusnya kombinasi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar.
"Sejumlah anak muda (daripada dua golongan berbeza) menyokong, meminati Dr Mahathir atau Anwar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, calon daripada kedua-dua kombinasi ini adalah mustahak.
"Kombinasi Dr Mahathir dan Anwar juga mustahak untuk sokongan wanita.
"Jangan dilupa, tular gambar Dr Mahathir dan Anwar sewaktu di mahkamah dulu serta Tun Siti Hasmah Mohamad Ali dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu diberi penekanan," katanya.
Beliau berkata, pengaruh Dr Mahathir adalah penting dalam meyakinkan pengundi Melayu luar bandar dan ahli dan penyokong Umno untuk mengundi Harapan.
"Tapi perkara ini boleh dibincang dengan mendalam," katanya.
Jelasnya, Harapan sebelum ini gagal memberi nama calon perdana menteri sejak PRU13 lagi.
"Pada ketika itu, tiada konsensus dalam Pakatan Rakyat dan kerana ada yang mahu menamakan Tengku Razaleigh Hamzah.
"Sebaiknya nama tersebut diberikan sebelum PRU14, sama ada di Konvensyen Harapab (7 Januari 2018) atau selepas Parlimen dibubar (belum tahu bila) atau selepas diumum tarikh PRU14 (belum tahu bila)," ujarnya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tun Mahathir PM, Azizah TPM?]
Semalam difahamkan, Harapan telah sepakat melantik Mahathir sebagai perdana menteri dan Wan Azizan sebagai timbalannya sekiranya menang PRU14.
Kesepakatan itu dicapai selepas cadangan menamakan dua pemimpin berpengaruh itu dikemukakan pada permukiman Harapan yang diadakan pada Jumaat dan Sabtu lalu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Beberapa pemimpin pakatan itu juga telah mengesahkan cadangan tersebut ada dibuat pada permukiman tersebut dan hanya menunggu restu daripada ketua umumnya, Anwar.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment