Tiada perkara yang lebih memilukan dan menyedihkan di dunia ini melainkan kehilangan ibu tersayang. Jika anda pengikut setia Zul Ariffin, pastinya anda mengetahui bahawa Zul sangat mengutamakan ibunya, Robiah Nasir dalam segala perkara.

BACA: Zul Ariffin Tak Suka Cinta Lokasi


Melihatkan beberapa muatnaik gambar daripada di Instagram yang menyatakan bahawa ibu Zul Ariffin telah meninggal dunia, bimbang juga perkara tersebut sebagai berita palsu.

Bagaimanapun, berita berkenaan perkara tersebut disahkan benar oleh Zul sendiri ketika dihubungi.

“Betullah apa yang dikongsikan di laman sosial itu,” jelas Zul sambil menyatakan bahawa ibunya meninggal dunia sekitar jam 4 pagi tadi.


Untuk pengetahuan anda, Zul sudah memadam akaun Instagram setelah beberapa isu melandanya beberapa minggu lepas.

Salam takziah buat Zul Ariffin dan semoga pelakon lelaki ini tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan ibu tersayang yang pastinya tiada pengganti. (rtky/s)