Kembalikan kuasa PKNS: Pemuda Umno

Wednesday, December 6, 2017

Kembalikan kuasa PKNS: Pemuda Umno

Kembalikan kuasa PKNS: Pemuda Umno

KUALA LUMPUR - Kuasa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) perlu dikembalikan bagi memastikan harga rumah terus berada pada tahap mampu milik untuk setiap rakyat di Selangor, tegas seorang perwakilan Pemuda Umno, hari ini.

Ketua Pemuda Umno Kuala Langat Jefrizal Mohd Jaafar berkata, PKNS merupakan satu-satunya badan di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964, yang mengawal harga rumah di negeri itu.

Bagaimanapun, selepas Selangor diambil alih pembangkang, badan berkenaan tidak lagi berfungsi mengikut apa yang sepatutnya.

“Pemuda tekankan agar kita janji kepada rakyat, kalau dapat rampas semula kuasa yang ada, pulangkan kembali peranan dan fungsi PKNS,” katanya sewaktu membahas ucapan dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno, di sini hari ini

Dalam isu sama, Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal mewakili Pulau Pinang Mohd Norhiesam Ismail mahu kerajaan pusat untuk terus campur tangan dalam isu perumahan mampu milik di Pulau Pinang dan bekerjasama dengan kerajaan negeri.

“Sehingga kini, kerajaan negeri gagal menyediakan rumah mampu milik kepada rakyatnya. Sudahlah gagal, tergamak pula menyekat usaha kerajaan pusat menyediakan rumah mampu milik,” katanya.  

Beliau turut mencadangkan agar tol Jambatan Pulau Pinang dihapuskan kepada pengguna motosikal di bawah kapasiti enjin 200cc, yang mana menurutnya, jika dilaksanakan akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 pengguna.-Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment