14 cedera nahas bas, dua lori
bhnews@bh.com.my
GOPENG: Seramai 12 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres cedera selepas bas dinaiki terbabit kemalangan dengan dua lori Kilometer 294.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng, awal pagi hari ini.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, melalui maklumat awal diperoleh dari jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) negeri, kemalangan membabitkan bas ekspres, lori kontena dan sebuah lagi lori membawa muatan kertas.Â
Pemandu lori kontena juga mengalami kecederaan cedera selepas didapati tersepit di tempat duduknya.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.41 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan menjalankan kerja menyelamat.
"Anggota bomba membawa keluar pemandu lori kontena yang tersepit dan mengalami kecederaan sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan," katanya.Â
Sementara itu, menurut Twitter PLUS, kerja-kerja mengalihkan ketiga-tiga kenderaan masih dijalankan dan lorong kiri laluan masih ditutup menyebabkan trafik perlahan sejauh kira-kira tiga kilometer (km).
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment