Penjawat awam dapat bonus Aidilfitri

Monday, May 28, 2018

Penjawat awam dapat bonus Aidilfitri

Penjawat awam dapat bonus Aidilfitri

PETALING JAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) mengumumkan akan memberikan bonus Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, kerajaan akan menyalurkan bonus raya kepada penjawat awam seluruh negara menjelang Aidilfitri ini.

Bagaimanapun, buat masa ini beliau belum dapatkan mengumumkan jumlah bonus yang bakal diberikan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri penjawat awam]

"Ya kita akan bagi bonus kepada kakitangan awam, tapi banyak mana tu tak tak tahu lagi lah," katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Sebelum ini, ketika pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, penjawat awam akan menerima bayaran khas berjumlah RM1,500, di mana bayaran itu disalurkan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari lalu dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri 2018.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment