Ceroboh premis: Kumpulan NGO disiasat

Monday, May 28, 2018

Ceroboh premis: Kumpulan NGO disiasat

Ceroboh premis: Kumpulan NGO disiasat

IPOH â€" Polis telah membuka kertas siasatan terhadap kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak menyerbu masuk kedai serbaneka berhubung penjualan minuman keras di premis berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, pihaknya telah menerima tiga laporan polis daripada pekerja premis berhubung tindakan kumpulan

itu yang berlaku pada Khamis minggu lalu.

“Mereka telah menegur pihak pengurusan kedai serbaneka tersebut untuk tidak menjual minuman keras kerana majoriti penduduk adalah dalam kalangan Melayu yang beragama Islam.

“Siasatan mendapati kumpulan tersebut meminta minuman itu tidak dijual dan mengarahkan pekerja mengeluarkannya dan disimpan dalam stor. Kumpulan itu turut memberi amaran dan akan mengambil tindakan keras sekiranya perkara itu berulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh.

“Siasatan telah dimulakan dengan memanggil semua pihak yang terlibat untuk diambil keterangan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan nasihat dan pandangan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan sendiri dalam menguatkuasakan kesalahan atau mereka disyaki telah melakukan kesalahan. Mereka seharusnya membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan gesaan enam pertubuhan NGO menghentikan jualan minuman keras dalam kawasan Gugusan Manjoi selepas beberapa teguran dibuat kepada pengurusan premis terbabit.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment