Janna Nick Luah Rasa Terkilan Dengan Rakan Artis?
Aktres Janna Nick memberitahu bahawa dia terkilan dengan sikap seorang artis ini yang dikatakannya kurang profesional dan bersikap âplastikâ ketika bekerjasama dengannya di sebuah program baru-baru ini.
âSaya tak nak cakap siapa, cuma nasihat saya pada rakan-rakan artis dalam industri, kalau tak suka atau pun membenci sesama artis tak perlulah berpura-pura baik atau âplastikâ untuk menunjukkan baik”
BACA: Janna Nick Tak Kisah Suami Tak Kaya, Janji Rajin
“Kita ini sebagai seorang sahabat atau kawan menerima, orang lain dengan niat ikhlas berkawan. Tapi bila keikhlasan itu dipijak-pijak kita rasa macam terhinalah juga. Ada rasa terkilan,â katanya yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro Meriah Bersama.
Janna turut berpendapat apa yang dilakukan oleh artis tersebut ada yang baiknya apabila dia dapat gambaran sisi sebenar sikap artis tersebut terhadap dirinya.
âTapi bagus juga, apa yang dia buat buka mata saya untuk orang kata siapa diri dia yang sebenar. Kita cuma berhati-hati dalam industri ini. Kalau orang nak dekat saya tak menghalang atau menjauhkan diri. Saya tak pilih bulu, senang cakap saya terima saja siapa yang nak kawan dengan saya.
Kalau dia pernah ada masalah dengan saya sebelum ini, saya akan lupakan, sebab rasa kita nak bersaing pun perlulah bersaing secara sihat tanpa memburukkan dengan niat untuk menjatuhkan,â katanya yang merahsiakan identiti artis terbabit.
Dalam pada itu, Janna turut terbabit dengan kontroversi apabila namanya dan pelakon Diana Roza dikatakan tidak mempromosikan drama lakonan mereka di bawah arahan JS Pictures. Perkara ini timbul apabila pemilik JS pictures dan pelakon senior Sheila Rusly menulis tentang perkara tersebut di Instagram, membuatkan netizen tertanya-tanya akan hubungannya dengan Sheila Rusly atau lebih mesra dengan nama panggilan Sis Sheila.
âSemua orang dalam industri dan peminat tahu akan kelantangan Sis Sheila. Saya rasa itu adalah sejenis marah kepada anak-anak sebab tak promote. Tapi mungkin medium yang digunakan tak sesuai, patutnya mungkin Sis Sheila WhatsApp personal, sebab kita orang pun tak tahu dengan post tu dulu. Sebab selalunya dia akan WhatsApp”
“Tapi macam bila post di IG kita terkejut. Tapi saya faham, saya boleh terima dan maafkan. Tapi peminat yang tak faham, peminat rasa kenapa Sis buat macam ni, sedangkan hubungan kami baik. Tapi saya tak ada rasa lagi dengan posting tersebut, sebab dah promote dan tak ada isu lagi,â katanya lagi. (rtky/h)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment