Kecewa jadi mangsa fitnah

Monday, May 28, 2018

Kecewa jadi mangsa fitnah

Kecewa jadi mangsa fitnah

JEMPOL - Seorang kakitangan kerajaan di daerah ini kecewa apabila dirinya menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab.

A Ramasamy, 58, mengetahui perkara tersebut melalui aplikasi WhatsApp daripada rakannya yang bertanyakan mengenai hal tersebut.

“Pesanan tersebut mengatakan saya mencuri duit rakyat. Melalui pesanan tersebut juga turut tertera berhubung sebuah program kursus perkahwinan dan kekeluargaan di daerah Jempol dalam surat khabar berbahasa Tamil.

“Surat khabar berkenaan menyiarkan peruntukan daripada sebuah unit di Jabatan Perdana Menteri pada 17 dan 18 Mac lalu di sebuah hotel di Bahau.

“Pegawai daripada unit tersebut juga hadir pada program sama bagi memantau perjalanan program,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, melalui pesanan itu mengatakan dirinya mencuri duit rakyat namun perkara tersebut dinafikan pihaknya.

“Laporan polis telah pun dibuat dan saya berharap siasatan lanjut dapat dibuat terhadap penyebar fitnah tersebut.

“Saya berharap perkara ini menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja kerana penyebar fitnah ini boleh dikenakan hukuman setimpal berdasarkan undang-undang yang ada.

“Tindakan ini (laporan polis) dibuat kerana ia melibatkan integriti dan jabatan saya,” katanya.

Ramasamy membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol kira-kira jam 2.55 petang kelmarin berhubung isu berkenaan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment