Dasar ekonomi Duterte cetus protes Hari Buruh

Tuesday, May 1, 2018

Dasar ekonomi Duterte cetus protes Hari Buruh

Dasar ekonomi Duterte cetus protes Hari Buruh

MANILA - FILIPINA.Kira-kira 5,500 pekerja Filipina berarak sempena Hari Buruh di Manila hari ini bagi memprotes dasar ekonomi Presiden Rodrigo Duterte.

Pihak kesatuan meluahkan kemarahan berikutan kegagalan Duterte melunaskan janji ketika kempen pilihan rayanya untuk menghapuskan kontrak pekerja jangka pendek.

Perkara tersebut dilihat menghalang pemberian manfaat dan pembayaran gaji lebih baik kepada pekerja.

Bantahan tetap diadakan walaupun Duterte mengumumkan beliau sudah menandatangani arahan mengukuhkan peraturan terhadap kontrak jangka pendek.

Duterte menegaskan, beliau tidak dapat melakukan lebih lagi kerana ia memerlukan perundangan mengkaji undang-undang buruh. - AFP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment